lakaran cinta itu

hidup kita ini kadangkala penuh misteri.

kita rasa segala perkara itu rahsia.

tapi sebenarnya ia istimewa.

seperti perkara cinta.

boleh jadi sesuatu yang dimpikan,

dan boleh jadi satu perkara yang membeban.

jika tidak mampu,haruslah dilepaskan.

hidup kena berani

dalam hidup kena banyak mencuba.

perlu kuat berusaha.

kalau gagal kita dapat pengalaman.

kalau berjaya kita dapat senang.

boleh hidup senang lenang.

tak buat apa kita sendiri yang rugi.

jadi dalam hidup kena berani

farhannazmey

nombor itu bukan aku

tiap kali kau tiba
aku sudah menjangka
namun aku tidak pernah rasa kecewa
aku tahu kau dan aku tidak sekata
biarkan sahaja
aku punya cara

setiap karekter kamu
aku ikutkan sahaja
yang pasti
aku punya cita
pandangan,pemerhatian dan kebebasan
dan engkau tidak terlintas difikiran
penuh teknikal berbagai celaru
yang aku tahu
nombor itu bukan aku

farhannazmey
13 jun 2009
diambang kepuasan yang hampir pasti

nota untuk hati

wahai hati.
tiada mahu aku berselindung.
dibalik tajam pisau yang merodok.
kau buat aku jadi kekok.
kadang2 menjadi tak berapa elok.

wahai hati.
mengapa kau sering berubah?
mungkin hanya aku yang salah.
atau kau sengaja mengalih arah.
mengapa tidak berhenti disitu.
dan tak perlu ditunggu.

farhannazmey
10 jun 2009
malam

hati dan minda

kadang kala kita sendiri ragu.
perasaan dan pemikiran itu tidak seiring.
satu kearah utara.
satu kearah selatan.
rasa celaru dan hilang ketenangan.

tapi ini lumrah manusia.
melalui perbezaan rasa hati.
perlu membuat percaturan.
perlu bijak melakukan pemilihan.
supaya hidup dipenuhi kegembiraan.
dan dihiasi kebahagiaan.

akan terus tetapi.
masa tidak pernah berhenti.
perkara akan terus berlaku.
dan ia tidak pernah menunggu.

farhannazmey.
10 jun 2009.
mini studio